Bagaimana Nak Kurangkan Sakit Osteoartritis Sakit Sendi Lutut?

Cara Kurangkan Sakit Osteoartritis Sakit Sendi Lutut
Cara Kurangkan Sakit Osteoartritis Sakit Sendi Lutut

Osteoartritis Sakit Sendi Lutut

Sakit sendi lutut adalah rungutan yang kerap kedengaran terutamanya di kalangan warga emas. Punca utamanya adalah penyakit Osteoartritis.

Kajian menunjukkan 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 5 lelaki yang berumur 50 tahun ke atas menghidap Osteoartritis. Walau bagaimanapun, osteoartritis sendi lutut boleh juga berlaku kepada mereka yang lebih muda.

Osteoartritis sendi lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang ‘menyerang’ apabila seseorang berjalan, berdiri dan semasa rehat juga.

“Pesakit biasanya sukar menggerakkan lutut. Mereka mengadu sendi lutut tidak boleh dilipat penuh dan ini menyebabkan mereka terpaksa bersembahyang duduk di atas kerusi.

“Tanda-tanda awal Osteoartritis sendi lutut adalah sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Sakit tersebut mungkin akan hilang apabila berjalan,” kata Pakar Runding Ortopedik Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Badrul Shah Badaruddin.

Menurutnya, ramai yang mengadu sakit sendi lutut apabila naik turun tangga. Kadangkala terdapat bunyi meretih (krepitus) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi.

Apabila keadaan ini berterusan, dan Osteoartritis bertambah teruk, lutut akan menjadi bengkak disebabkan reaksi cecair sinovial. Tulang di hujung sendi boleh membengkak kerana terdapat pertumbuhan tulang baru yang dipanggil osteofit.

Tulang osteofit inilah yang apabila terpisah dari tulang asal dan berada di dalam sendi sebagai anggota longgar menyebabkan krepitus dan kadangkala kesakitan apabila ia bergesel dengan struktur-struktur di dalam sendi.

“Dalam kes-kes yang lewat dikesan, sendi lutut menjadi bengkok atau pengkar, menandakan kerosakan artritis yang teruk

“Kebanyakan menyatakan sakit tersebut bertambah teruk sepanjang hari dan ada pula mengadu kaki menjadi kaku pada waktu pagi. Sebenarnya sakit ini disebabkan oleh kerosakan rawan di dalam sendi.”

Rawan bertindak sebagai kusyen dan penyerap renjatan di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Sakit tidak datang dari rawan kerana rawan tidak mempunyai saraf.

Sakit osteoartritis berlaku apabila terdapat geseran di antara tulang femur dan tibia di dalam sendi dan ini terjadi apabila rawan rosak atau haus.

Sakit ini juga didapati dari struktur-struktur berhampiran sendi lutut seperti di otot paha dan betis terutama sekali apabila sendi tidak stabil akibat rawan haus.

Punca

“Umumnya, rawan akan haus akibat geseran. Ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoartritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.

“Ia akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kecederaan lutut ataupun struktur-struktur berhampiran lutut, seperti patah tulang,” ujar beliau.

Faktor penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kehausan rawan yang berterusan dan menggalakkan osteoartritis. Namun demikian, tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula mengalami osteoporosis.

Sendi menjadi keras atau kaku dan senang mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang pergerakan akibat otot-otot yang lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk pemakanan/nutrisi rawan seperti asid hialuronik.

“Tanpa pemakanan yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah, bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang – sebahagian penyebab utama sakit sendi lutut.”

Seseorang yang berat atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul.Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil. Rawan tersebut mudah rosak dan mendapat radang.

Sementara itu, belum ada bukti kukuh yang menyatakan keturunan boleh menyebabkan osteoartritis sekalipun terdapat kes-kes yang diwarisi.

Rawatan

Tujuan utama rawatan, kata Dr. Badrul adalah untuk mengurangkan sakit lutut, menambah julat pergerakan sendi lutut dan mengurangkan atau menghentikan proses osteoartritis itu sendiri.

Ini akan meningkatkan kualiti hidup pesakit.. Mereka boleh berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan rutin harian.

- Senaman dan fisioterapi: Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan dan impak terhadap rawan..

Bagi mereka yang mengalami osteoartritis sendi lutut peringkat awal, boleh melakukan senaman isometrik yang tidak melibatkan aktiviti-aktiviti impak seperti mengangkat kaki yang lurus untuk memantapkan otot-otot kuadriseps.

Elakkan berlari, tetapi berjalan laju di kawasan rata amat digalakkan. Bagi osteoartritis teruk, senaman paling senang adalah berenang dan hidroterapi.

- Ubat penahan sakit. Bagi rawatan segera untuk jangka masa singkat tidak lebih dua atau tiga minggu kerana, jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan masalah lain seperti gastritis, ulser peptik, kegagalan buah pinggang dan jantung serta serangan angin ahmar.

- Suplemen-suplemen seperti glucosamine sulfate dan chondroitin untuk kes-kes awal, yang boleh diperoleh di farmasi tanpa preskripsi doktor.

- Suntikan viskosuplemen bagi mengganti atau menambah cecair sinovial untuk kelinciran sendi.

- Pencucian artroskopi iaitu pembedahan segera mengeluarkan agen-agen radang di dalam lutut di samping mencuci rawan. Pemeriksaan dalam sendi lutut boleh dibuat melalui kamera video kecil yang dimasukkan melalui skop.

Pembedahan gantian sendi

Sekiranya rawatan konservatif seperti senaman, fisioterapi, ubat penahan sakit, suplemen dan injeksi viskosuplemen gagal, rawatan seterusnya adalah pembedahan.

Menurut Dr. Badrul: “Di antara rawatan yang popular di negara-negara maju adalah pembedahan gantian sendi. Di United Kingdom, lebih 50,000 pembedahan gantian sendi lutut dilakukan setahun berbanding hanya 1,000 di Malaysia.

“Pembedahan gantian sendi adalah pembedahan di mana rawan di dalam lutut dibuang dan digantikan dengan lapisan prostesis di bahagian tulang femur dan tibia, di dalam lutut.”

Prostesis ini kebanyakannya diperbuat daripada besi atau logam kobalt krom. Bagi mengelakkan lapisan-lapisan ini bergesel, satu lapisan plastik - insert diletakkan di antara kedua-dua lapisan prostesis tersebut.

“Apabila penggantian sendi dilakukan, sakit yang dirasai di dalam sendi lutut kerana osteoartritis akan hilang serta-merta. Pembedahan biasanya mengambil masa satu hingga tiga jam. Osteoartritis yang lebih teruk akan mengambil masa pembedahan yang lebih lama.

“Pesakit yang menjalani pembedahan ini akan menjalani fisioterapi di wad selama tiga hingga lima hari sebelum dibenarkan pulang. Pesakit disyorkan menjalani pemulihan semula di rumah dan berjalan menggunakan tongkat selama empat hingga enam minggu.”

Luka yang disebabkan oleh pembedahan akan sembuh selepas enam minggu.

Kenapa pembedahan gantian sendi tidak popular di kalangan masyarakat tempatan?

“Faktor utama adalah kesedaran tentang pembedahan gantian sendi. Ramai pesakit mendapat maklumat negatif tentang rawatan ini dan ada pula tidak mengetahui yang ia boleh dilakukan di negara kita.

“Sebenarnya ramai pesakit dari negara jiran dan Asia Barat datang ke Malaysia untuk mendapatkan khidmat perubatan ini,” kata Dr. Badrul.

Faktor kedua adalah kewangan. Harga prostesis gantian sendi lutut bermula dari RM6,000 ke atas, bergantung jenis bahan dan pakej yang diperlukan.

Bagi kebanyakan orang, ia adalah sangat mahal dan ramai yang tidak mampu. Beliau turut menarik perhatian, “Tetapi ada juga pernah berkata, ‘lebih baik beli kereta.”

Tahap kesihatan yang lebih baik membolehkan rakyat Malaysia menikmati jangka hayat yang bertambah melebihi 70 tahun.

“Oleh itu, jika seseorang yang berumur 60 tahun menghidap osteoartritis yang teruk dan dijangkakan akan hidup 10 hingga 20 tahun lagi, maka pembedahan gantian sendi sangat bersesuaian.

“Adalah tidak munasabah seseorang itu terpaksa menderita sakit lutut untuk jangka masa yang panjang.”

Pada masa ini, walaupun telah berumur 60 tahun, masih ramai warga tua yang aktif dan mungkin perlu bekerja untuk menampung sara hidup mereka pada masa akan datang berdasarkan umur persaraan mencecah 65 tahun di negara-negara maju.

Cara Kurangkan Radang Osteoartritis

Untuk mengurangkan radang sakit sendi dan otot, tuan puan boleh mencuba krim Doxtejoint. 

Klik sini untuk lebih info:


Cara Kurangkan Sakit Sendi Lutut


Testimoni Kesan Positif Doxtecream Dalam Mengubat Sakit Lutut




Sumber:  
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0219&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm


Comments

Popular posts from this blog

Cara Nak Kurangkan Sakit Sendi Lutut Emak Ayah Kita Supaya Senang Solat Dan Berdiri

Tip Cari Duit Dari Rumah Dengan Join Team Doxtecream Dengan Modal Tak Sampai RM100